Lajukan Mozilla firefox

Written by admin

salamX

Jom bagi laju @ speedup firefox dengan cara yg mudah.

1. Taip about:config kat URL browser, bila kuar warning redah je masuk

2. Taip kat filter ipv6 dan akan keluaq la screen lebih kurang mcm kat bawah ni

firefox

firefox

biasanya default set value false so hangpa double klik bagi jadi value true

p/s windows 7 ngan ubuntu ada setting untuk ipv6 so kat malaysia ni banyak lagi tak pakai ipv6, masih ditakok lama pakai ipv4 lagi.

3. Taip kat filter network.http.pipelining dan double klik bg value true

4. Taip lagi filter network.http.pipelining.maxrequests default value = 4 so hangpa tukaq la boh 8 kalau nak power boh 30 pun line clear kot.

5. Taip lagi kat filter tu network.http.proxy.pipelining pastu double klik bg value true
pastu

6. Last skali Restart firefox and go go go…

OK cukup la takat ni dulu.. hangpa try la dulu tengok ada perubahan dari segi kelajuan… Bagi yg pakai berukband mungkin kelajuan bertambah 3x ganda bila surf guna firefox. Ada banyak lagi nak setting ni… ala try yg simple2 dulu lah ok.

Aku pun jarang pakai firefox ni.. dok pakai google chrome @ chromium ( ubuntu ) apa2 pun firefox lagi baguih dan laju dari IE yg monopoli user tingkap2 @ windows hehehe

Jan
09

Install google chromium in ubuntu 9.10

Written by admin

Dah penat pakai firefox? ok apa kata try install google chromium kat ubuntu, lebih pantas dan stabil. Artikel kat bawah cara2 install chromium kat ubuntu 9.10 (karmic koala)

1. Masukan ppa dlm source list
sudo gedit /etc/apt/sources.list

deb http://ppa.launchpad.net/chromium-daily/ppa/ubuntu karmic main
deb-src http://ppa.launchpad.net/chromium-daily/ppa/ubuntu karmic main

2. Masukkan GPG keys

sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com 0xfbef0d696de1c72ba5a835fe5a9bf3bb4e5e17b5

3. Run update
sudo apt-get update

4. Finally, install Google Chromium.
sudo apt-get install chromium-browser

ok selamat menchoba.... good luck :)

Categories: ubuntu
Dec
24

screen shoot ubuntu

Written by admin

Jom pakai ubuntu…. kat sini ada dipaparkan sebahagian antaramuka (interface) ubuntu.

screenshot-system-monitor

screenshot-5

screenshot-4

Nov
23

Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Written by admin

ubuntu

ubuntu

Apa itu Ubuntu ?

Pasti banyak orang bertanya apa tu ubuntu itu, dan pasti banyak pertanyaan aneh tentang ubuntu kalau kita menjelaskannya.

apa itu ubuntu? Menatang apa pula ubuntu? Ubuntu ke ibuntu?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi (OS) lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda. Rasailah kehebatan Ubuntu.

Untuk maklumat lanjut tentang ubuntu sila layari :

Nov
12